Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2024

DASAR KONSEPTUAL DAN PEMBENTUKAN AKTA PENDIDIKAN 1996

  Akta Pendidikan 1996  merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak   1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. Diluluskan Parlimen pada 15 Julai 1996. Mendapat perkenan oleh DYMM Agong. Diwartakan pada 1 Ogos 1996 sebagai Akta 550. Akta 550 dipinda bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961. Akta 550 dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen.